Hentikan peperangan! Rundingan aman cara terbaik selesaikan konflik – Tun M

LocalPolitics
3 Apr 2026 • 4:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru masyarakat dunia agar menghentikan peperangan dan mengutamakan rundingan secara aman sebagai kaedah terbaik dalam menyelesaikan konflik antara negara.

Menurut beliau, peperangan bukan sahaja membawa kemusnahan, malah melibatkan pembunuhan manusia secara besar-besaran yang tidak sepatutnya dijadikan jalan penyelesaian kepada sebarang masalah.

“Peperangan adalah tentang pembunuhan manusia secara besar-besaran. Bagaimana manusia masih boleh menerima perang sebagai penyelesaian konflik antara negara adalah sesuatu yang sukar difahami.
“Lebih tidak dapat diterima apabila sebenarnya terdapat cara lain untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Dr. Mahathir turut menegaskan bahawa terdapat pelbagai kaedah alternatif yang boleh digunakan bagi menyelesaikan pertikaian tanpa melibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan besar.

Menurutnya, pendekatan seperti rundingan, timbang tara dan saluran mahkamah adalah antara pilihan yang lebih rasional serta berperikemanusiaan.

image is not available

“Apakah cara-cara tersebut? Manusia dikurniakan keupayaan untuk berfikir. Antara jalan yang boleh diambil ialah rundingan, timbang tara atau melalui mahkamah.
“Dengan kemampuan berfikir, manusia boleh menilai baik dan buruk setiap penyelesaian. Jelas bahawa rundingan secara aman adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik.
“Hentikan peperangan,” katanya.

Sumber: FB Dr. Mahathir bin Mohamad