Hentikan spekulasi liar, beri ruang kepada siasatan kes Zara Qairina – Fadhlina Sidek

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 11:20 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Elak fitnah, kebenaran akan terbongkar

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan cerita yang tidak sahih berkaitan kematian pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, yang dikaitkan dengan isu buli.

Beliau berkata, tindakan menokok tambah cerita, menyebarkan fitnah dan spekulasi hanya akan menjejaskan siasatan pihak berkuasa yang sedang dijalankan secara telus.

“Saya yakin kebenaran akan dirungkai dan keadilan untuk arwah Zara dapat ditegakkan. Tapi kita mesti beri laluan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk jalankan siasatan tanpa gangguan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Komunikasi telah menegaskan larangan menyebarkan gambar kanak-kanak.

Baca juga:

Pelajar terbabit buli akan digantung dan ikut program komuniti

Fadhlina juga menjelaskan, Kementerian Pendidikan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli di sekolah. Mana-mana pelajar yang disabitkan akan digantung persekolahan dan diwajibkan menyertai Program Bangkit Bermaruah yang melibatkan aktiviti khidmat masyarakat sepanjang tempoh penggantungan.

“Mereka tidak akan hanya duduk di rumah. Sepanjang digantung sekolah, mereka akan jalani program di bawah pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah,” ujarnya.

KPM menurutnya, akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyelesaikan siasatan kes ini.

Sumber: Harian Metro