Hentikan Tabiat Tekan ‘Snooze’ Selepas Bangun Tidur, Ini Risiko Pada Otak & Tubuh Anda

Health & Fitness
16 Apr 2026 • 3:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hentikan Tabiat Tekan ‘Snooze’ Selepas Bangun Tidur, Ini Risiko Pada Otak & Tubuh Anda

Hentikan Tabiat Tekan ‘Snooze’ Selepas Bangun Tidur, Ini Risiko Pada Otak & Tubuh Anda

Boleh dikatakan majoriti daripada kita bergantung kepada penggera untuk mengejutkan diri daripada tidur setiap pagi.

Ia sudah menjadi satu rutin harian yang biasa apabila jam penggera berbunyi, kita segera menekan butang ‘snooze’ dengan harapan dapat menikmati beberapa minit tambahan tidur sebelum benar-benar bangun.

Jadi, fungsi ‘snooze’ sering menjadi pilihan utama kerana rasa mengantuk yang masih belum hilang.

Namun, sedarkah anda perlakuan tersebut sebenarnya membawa kesan buruk terhadap diri dan kesihatan anda?

Oleh itu, SK ingin kongsikan kenapa tindakan ini boleh dianggap seperti 'mensabotaj' otak sendiri, menurut Public Health Malaysia (PHM).

Kesilapan besar, anda baru saja 'sabotaj' otak sendiri

Telefon berbunyi jam 6.00 pagi. Tangan automatik menjalar cari butang snooze. "Lima minit lagi la..."

Tup tup, sedar-sedar dah pukul 6.45 pagi. Bangun menggelabah, kaki terlanggar bucu katil, kelam-kabut mandi, dan seharian tu kepala rasa berat macam pikul guni beras.

Perasan tak, lagi banyak kali kita tekan snooze dan sambung lelap, lagi hancur badan kita rasa berbanding kalau kita terus bangun pada deringan yang pertama? Logiknya, dapat tidur extra 15 minit patutnya buat kita lagi segar kan?

Rupanya salah. Kita sebenarnya tengah sabotaj biologi otak sendiri.

Dalam terma perubatan, benda ni dipanggil Sleep Inertia. Macam ni ceritanya. Bila alarm pertama bunyi, otak kita sebenarnya dah ready nak boot up.

Tapi bila kita tutup dan tidur balik, otak jadi keliru. Dia ingat kita nak masuk balik fasa Deep Sleep (tidur nyenyak). Otak pun baru je nak mula tayang mimpi baru... pap! 5 minit lepas tu alarm bunyi lagi.

Bila proses ni berulang 4-5 kali, kitaran tidur hancur berderai. Otak kita terus jammed sebab terkejut banyak kali. Hasilnya, hormon kortisol (stres) naik, mood jadi kelaut, dan badan rasa 10 kali ganda lebih penat.

Mulai esok, ubah habit ni. Set SATU je alarm. Letak phone tu jauh sikit kat hujung bilik. Memang menyirap sikit terpaksa bangun menapak pergi tutup alarm tu, tapi percaya cakap admin, lepas anda basuh muka, badan takkan rasa lemau macam orang nak demam.

Lagipun, selalunya orang yang set alarm berderet selang 5 minit ni, dia langsung tak bangun. Yang terbangun dan tolong matikan alarm tu adalah orang yang tidur kat sebelah dia. Memang tahap kesabaran tahap dewa siapa yang terpaksa hadap situasi ni tiap-tiap pagi.

Baca juga:

View Original Article