Hero Berjaya Tangkap Peragut Di Batu Kawa Dirakam Dashcam Raih Pujian Netizen

22 Apr 2024 • 1:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas abang-abang hero kita di Batu Kawa ni

Hero Berjaya Tangkap Peragut Di Batu Kawa Dirakam Dashcam Raih Pujian Netizen. Beberapa orang awam telah berjaya menangkap dua orang peragut yang meragut beg seorang wanita warga emas di Batu Kawa pagi ini.

Kejadian tersebut dirakam oleh dashcam kenderaan individu berkenaan yang menjadi saksi kejadian tersebut.

image is not available

Hero Berjaya Tangkap Peragut Di Batu Kawa Dirakam Dashcam Raih Pujian Netizen

Dalam rakaman yang tular di media sosial, kenderaan milik orang awam berkenaan (termasuk pemilik dashcam) telah berhenti di hadapan motosikal milik peragut tersebut dan keluar dari kenderaan untuk menangkap kedua-dua peragut itu.

Aksi kejar-mengejar dan akhirnya berjaya menahan peragut tersebut selepas berlaku pergelutan. Mangsa yang merupakan seorang wanita warga emas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Netizen memuji tindakan pantas dan berani wira berkenaan yang bertindak tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Mereka mengalu-alukan tindakan sebegitu yang dapat membantu mengurangkan jenayah jalanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved