Hero Pos Gob imbas memori tembak komunis

2 Sep 2026 • 9:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hero Pos Gob imbas memori tembak komunis

GUA MUSANG – Seorang penduduk Orang Asli sudah me­nyertai operasi keselamatan di kawasan hutan bagi memburu dan menghalau musuh ketika zaman darurat di Pos Gob di sini seawal usia 18 tahun.

Pesara Pasukan Gerakan Am (PGA), Angah Asu, 69, berkata, dia pernah bertempur dengan musuh ketika menjalankan tugas pada zaman Darurat termasuk melepaskan tembakan kosong bagi menghalau pihak terbabit.

Katanya, dia menyertai PGA selepas menjalani latihan di Ulu Kinta pada 1974 sebelum ditugaskan ke beberapa lokasi termasuk kawasan Kuala Wias dan Pos Gemalah di pedalaman Gua Musang.

“Umur saya ketika itu baru mencecah 18 tahun. Masa itu Darurat dan tugas PGA perlu masuk ke dalam hutan untuk menjalankan operasi.

“Saya pernah bertempur de­ngan musuh dan melepaskan tembakan kosong untuk menghalau mereka,” katanya.

Angah memberitahu, pengalaman berdepan ancaman komunis sudah sebati dalam kehidupannya sejak kecil kerana kawasan Pos Gob pernah menjadi lokasi kegiatan kumpulan berkenaan pada 1970.

Katanya, sekitar tahun itu, mereka sudah berada di Pos Gob dan ada juga Orang Asli yang jadi pengikut mereka.

“Keluarga saya berasal dari Kampung Belaer di sini terpaksa berpindah ke Pos Gob ketika keadaan Darurat selepas penduduk berdepan pelbagai kesukaran.

“Ketika itu ramai yang sakit dan meninggal dunia, sehingga ada dua atau tiga orang maut setiap hari. Sebulan kami tidak tahan, jadi bapa saya suruh kami pindah ke rumah pondok.

“Kami tinggal di situ selama beberapa bulan sebelum selepas kira-kira setahun berpindah ke sini. Pada tahun 1968, kami mula masuk ke Pos Gob,” ujarnya.

Angah berkata, sebuah sekolah kemudian dibina di Pos Gob pada 1970 oleh tentera Bri­tish, manakala guru Orang Asli dari Kuala Betis dan guru Melayu turut mengajar di sekolah ber­kenaan.

“Ramai anak Orang Asli belajar ketika itu, termasuk saya bersekolah di Pos Gemalah. Selepas tamat latihan, saya ditempatkan di Pangkalan Hulu sebelum berpindah ke Bidor, dekat Tapah, Perak pada 1983 dan meneruskan tugas dalam PGA,” katanya.

The post Hero Pos Gob imbas memori tembak komunis appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved