Heroin Raaz, dahulu seksi sekarang beruban, berusia

EntertainmentMovie
5 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Heroin Raaz, dahulu seksi sekarang beruban, berusia

FILEM seram popular Bollywood, Raaz lakonan Bipasha Basu, Dino Morea dan Malini Sharma pernah mencetuskan fenomena sekitar 2002 lampau.

Selain jalan ceritanya yang menarik, kejelitaan dan ketampanan pelakon-pelakon filem arahan Vikram Bhatt itu juga berjaya menambat hati penonton.

Namun selepas Raaz, tiada lagi kelihatan kelibat Malini Sharma dalam mana-mana filem. Rupa-rupanya, dia mengambil keputusan untuk bersara selepas mencipta populariti menerusi filem Raaz.

Lebih 25 tahun menghilang, terbaharu Malini kembali menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas foto serta video terkininya tular.

Ramai yang terkejut melihat penampilan bekas peragawati itu yang kelihatan berusia. Rambutnya yang dahulu hitam dan ikal mayang kini berwarna putih dan beruban.

Ada juga peminat yang tidak percaya wanita dalam gambar tersebut adalah Malini.

Malini kini tinggal di kawasan tanah tinggi di Pune, India. Rutin hariannya bercucuk tanam di rumah kebun miliknya, menjadi usahawan inap desa serta menjual minyak rambut yang diproses sendiri.

The post Heroin Raaz, dahulu seksi sekarang beruban, berusia appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved