Hiburkan 200 Peminat, Ernie Zakri Berjaya Buktikan Dia Pelapis Penghibur Muda Yang Punya Keunikan Sendiri 

Music
12 Jan 2023 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ernie Zakri - Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Tidak syak lagi! Memang dia adalah antara pelapis penghibur muda yang bakal meneruskan legasi penghibur-penghibur hebat tanah air yang selama ini kita kagumi. 

Selepas berjaya memberikan persembahan yang cukup hebat menerusi konsertnya dengan Syamel di Zepp KL pada hujung tahun lalu, kini Ernie Zakri menunjukkan kehebatannya pula beraksi secara solo dalam This Is Ernie Zakri Showcase yang baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi. 

image is not available
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment

Bertempat di Nero Event Space, PJPAC, Ernie telah berjaya menambat hati 200 peminat bertuah bertuah dalam showcase santai dan penuh keunikan tersendiri yang dianjurkan label pengurusannya, Rocketfuel Entertainment. 

“Menakjubkan! Saya berpeluang melihat sisi lain Ernie yang belum pernah saya saksikan sebelum ini, dia seakan berada dan zonanya tersendiri dan berikan yang terbaik, puas rasanya,” ujar salah seorang penonton yang hadir.

Walaupun tempoh showcase hanya berdurasi selama 1 jam, tetap memberikan kepuasan kepada setiap penonton yang datang menyaksikannya.

image is not available
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka dengan sambutan yang begitu hebat oleh peminat. Tambahan, tiket yang dijual berjaya ‘sold-out’ dalam masa yang singkat, dan walaupun hanya berskala kecil dengan kapasiti 200 penonton, saya dapat rasakan apresiaisi yang sangat tinggi dan rasa lebih bersemangat untuk mengadakan showcase solo yang seterusnya,” kata Ernie.

Ernie mempersembahkan 10 buah lagu kesemuanya termasuk hit-hitnya yang popular seperti 'Boneka', 'Gundah', 'Korban', 'Ku Bersuara', 'Hal Hebat', 'Rindu Bukan Teman', 'Ini Yang Ku Mahu', 'Misteri', 'Jangan Marah' dan single terbaharu yang belum pernah dinyanyikan secara ‘live’, 'Astana'.

image is not available
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment

“Bezanya showcase ini dengan ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ adalah menceritakan tentang perjalanan seni saya secara solo, dan bukan sebagai suami-isteri dan lebih peribadi. Penonton dapat merasai sendiri sendiri citarasa saya dalam muzik dan cara nyanyian saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada setiap pengunjung yang hadir memberikan sokongan tidak berbelah bagi, perasaan terharu dan gembira bercampur kerana setiap dari anda adalah ‘Hal Hebat’ saya sebagai anak seni dan juga penghibur, terima kasih,” tambahnya lagi. – Getaran, 12 Januari 2023