Hidang alkohol: Tiada perubahan, garis panduan kekal di sekolah Cina – Fahmi

LocalPolitics
24 Oct 2025 • 5:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berhubung penganjuran acara di sekolah Cina yang menghidangkan minuman beralkohol.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang perubahan dibuat terhadap peraturan sedia ada, namun Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan penjelasan rasmi dalam masa terdekat.

image is not available

“Jemaah Menteri maklumkan bahawa bagi sesetengah sekolah jenis kebangsaan Cina, ada yang mendapat bantuan penuh, ada yang beberapa fasiliti dibangunkan dan dijaga oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) ataupun telah dibangunkan oleh pihak swasta.
“Jadi ada beberapa perkara yang terpakai khusus untuk sekolah-sekolah Cina. Tetapi boleh rujuk dengan kenyataan daripada KPM sejurus selepas sidang media ini.
“Perkara ini memang dalam pengetahuan dan pertimbangan Jemaah Menteri, itulah sebab peraturan sedia ada terpakai. Tidak ada perubahan kepada garis panduan dan peraturan serta amalan yang sedia ada,” katanya pada sidang media mingguan di kementeriannya, hari ini.

image is not available

Artikel lain: Guan Eng persoal larangan alkohol di sekolah Cina, amalan sejak Merdeka tak pernah timbul masalah

Garis panduan kekal di sekolah Cina

Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa larangan menghidangkan minuman beralkohol di dewan sekolah Cina yang dibina sepenuhnya hasil sumbangan masyarakat Cina ibarat “menjolok sarang tebuan”.

Beliau turut menyatakan rasa kecewa terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina.

image is not available

Menurut Guan Eng, hidangan minuman beralkohol merupakan amalan dan adat biasa dalam acara masyarakat Cina seperti majlis perkahwinan dan jamuan di kuil.

Beliau menegaskan, sekolah rendah Cina terkenal sebagai institusi pendidikan cemerlang dan pelajarnya tidak terdedah kepada alkohol serta mempunyai akhlak dan nilai etika yang baik.

Sumber: Malaysiakini