Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebiasaannya, hidangan bufet boleh dilihat semasa menghadiri sesebuah majlis sebagai contoh, kenduri kahwin. Di situlah kita boleh menikmati pelbagai jenis juadah disediakan pihak katering.
Namun siapa sangka anda juga boleh mendapatkan pengalaman makan bufet di dalam sungai.
Pakej Lawatan Taman Negara Pahang Tawar Bufet Makanan Dalam Sungai
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Wawa berkongsi momennya menjamu selera semasa menyertai sebuah lawatan ke Taman Negara Pahang.
Tampil lain daripada lain, bufet makanan tengahari yang disediakan dalam pakej dihidangkan di dalam sungai.
Menerusi video dikongsi, kelihatan pelbagai jenis lauk-pauk dihidangkan atas sebuah meja panjang yang dicacakkan pada dasar sungai termasuklah ikan patin masak tempoyak.
Pengunjung Puas Hati Dapat Rasai Pengalaman Makan Bufet Dalam Sungai
Set-up yang unik itu membolehkan pengunjung mengambil makanan dan menjamu selera sambil ‘celup’ badan dalam air sungai.
Sekali pandang, macam ala-ala kenduri kahwin pun ada, cuma kali ini di dalam sungai.
“Usaha hidangkan makanan ni, mak lurve. Patin tempoyak dia sumpah sur (sedap). Akan datang lagi tapi lepas ni nak bawa suami pula,” kata Wawa di ruangan kapsyen.
View on Threads
Meja Bufet Makanan Diletakkan Berhampiran Tebing Sungai
Sementara itu, segelintir netizen yang pernah melalui pengalaman sama di Taman Negara Pahang turut berkongsi video dan foto bufet dalam sungai tersebut di ruangan balas.
“Kami pun dah pernah rasa, rindu pula,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Afifah.
View on Threads
Menerusi foto dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Alya, meja bufet itu diletakkan berhampiran kawasan tebing sungai yang mana pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di dalam air sungai atau duduk di bahagian tepi.
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-Taman-Negara-Pahang.jpg)
Ramai Teruja Lihat Bufet Makan Dalam Sungai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai teruja melihat keunikan cara makanan tengahari di Taman Negara Pahang dihidangkan.
“Wah memang next level makan dalam air sejuk-sejuk,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga dilihat berminat dan tidak sabar untuk mengunjungi destinasi ekopelancongan tersebut bagi merasai pengalaman makan di dalam sungai.
“Bulan depan syarikat suami saya buat hari keluarga dekat Taman Negara Pahang. Tak sabar rasa nak pergi,” ujar seorang netizen.
Segelintir Netizen Bimbang Risiko Pencemaran
Bagaimanapun, segelintir warganet meluahkan rasa bimbang kerana risiko air sungai termasuk ke dalam pinggan atau makanan yang dihidangkan di atas meja, dan pencemaran sungai.
“Bayangkan lengan baju basah. Kita cedok makanan air tu menitik (dalam makanan),” kata seorang wanita.
“Hati-hati kencing tikus dan pencemaran sisa makanan (yang boleh) merosakkan ekosistem,” tambah seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-870x1024.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-2-1024x724.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-3-1024x963.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-4-1024x723.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-5-1024x812.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-6-1024x339.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-7-936x1024.jpg)
![Image from: Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-8-1024x803.jpg)
