'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja'

18 Feb 2023 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin Ayub. - Foto fail/Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi bayangan bahawa usaha subsidi bersasar sudah sedia untuk dilaksanakan.

Katanya, kementerian sudah mempunyai cukup data yang disokong statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelas beliau, pelaksanaan subsidi bersasar nanti akan menjadi penyelesaian tuntas kepada isu kos sara hidup juga ketirisan dalam rantaian bekalan barangan yang selama ini diberikan subsidi.

“Kalau ikut ICU pada akhir Disember 2022, bilangan miskin tegar dalam negara kita ada 127,000 isi rumah dan kalau golongan B40 secara keseluruhannya lebih kurang 8.6 juta.

“Hidangan itu sudah siap, tunggu tok imam datang baca doa saja. (Bermakna) kita boleh buat,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Katanya, pelaksanaan itu nanti akan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan lebih akan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved