Hidap kanser rahim, Jasmin Hamid mohon doa sihat & selamat jalani pembedahan

15 Sep 2023 • 8:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktres Jasmin Hamid mohon doa dari orang ramai supaya bebas dari kanser rahim dan selain menyatakan menjalani pembedahan kecil pada hari ini.

Kata pelakon berusia 51 tahun itu, dia merupakan penghidap kanser rahim serta mendedahkan cyst merupakan faktor hormonnya terganggu dan mengalami pendarahan rahim.

“Mohon doa dari kalian untuk Allah lancar dan mudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim.

“Saya ada cyst dan hormon saya dah huru hara hingga jadi pendarahan pada rahim saya,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, Jasmin yang terkilan dengan sesetengah komen berkenaan potongan badannya memberitahu bahawa masalah kesihatannya itu merupakan punca utama berat badannya meningkat.

“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga ada kalanya kata-kata orang itu, mengguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan buatkan saya tertekan untuk berjumpa dengan sesiapa.

“Tak ada siapa pun dalam dunia ni nak gemuk termasuklah saya, katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie memaklumkan dia sudah memafkan individu-individu yang melontarkan kata-kata mengguris hati kepadanya.

Semoga cepat sembuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti mendoakan supaya pembedahan berjalan lancar dan memberi kata-kata semangat buat Jasmin.

image is not available
image is not available

Semoga dipermudahkan

image is not available

Terdahulu, Jasmin mengakui dirinya terkejut apabila tular dakwaan palsu mengatakan dirinya sedang bertarung nyawa akibat saluran tersumbat.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, dia tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta pihak berkenaan berhenti menyebarkan berita tidak benar.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid