“Hidup Abah” – Aliff Syukri Panggil Khairy Jamaluddin Dengan Gelaran Salah

Politics
17 Nov 2022 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lagi beberapa hari je lagi kita akan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan memilih mereka yang akan memimpin negara. Kempen juga sedang hangat dilakukan calon walaupun agak sedih bila ada beberapa kawasan yang tenggelam akibat hujan lebat yang berlaku.

Apapun, kemeriahan PRU15 masih dapat dirasai dan terbaru usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri turut tidak ketinggalan menghadiri kempen PRU15 calon Barisan Nasional, (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin (KJ).

Bagaimanapun, perkongsian Aliff di Instagram yang bergambar bersama KJ menarik perhatian apabila kapsyen dengan gelaran ‘Abah’ yang digunakan untuk KJ adalah tidak sesusai kerana ia lebih sinonim untuk bekas Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hidup abah @khairykj” – Tulis Aliff Syukri.

Salah abah ni datok…

image is not available

Abah lain, ni abanglah…

image is not available

Aliff Syukri umum sokong KJ dan Ismail Sabri

Dalam perkongsian terbaru, Aliff turut menyatakan sokongannya kepada dua pemimpin ini iaitu Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Ismail Sabri. Siap menyanyi lagi tu…

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media