‘Hidup Barbie Mati Pun Barbie’, Peminat Obses Tempah Keranda Tema Merah Jambu

2 Aug 2023 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sejak tular, ramai obses dengan ‘trend’ Barbie sehingga sanggup menempah keranda warna merah jambu

Hidup Barbie Mati Pun Barbie, Peminat Obses Tempah Keranda Tema Merah Jambu. Sejak kebelakangan ini, filem arahan Greta Gerwig, ‘Barbie’ telah mencetuskan budaya dan fesyen yang digelar “Barbiecore’.

Malah menurut sumber, ‘trend’ tersebut dilaporkan menyumbang kepada kekurangan cat merah jambu.

Dalam pada itu, disebabkan trend yang berleluasa, seorang wanita baru-baru ini menempah keranda bertemakan merah jambu.

image is not available
Sumber: mstar

Bagi peminat Barbie

Jam press melaporkan, rumah pengebumian menawarkan keranda bertemakan Barbie untuk peminat yang berharap dapat membawa cinta mereka terhadap anak patung keluaran Mattel ke kubur.

“Keranda ini, dengan warna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak dapat dilupakan yang mereka lalui,” menurut klip promosi keranda itu menerusi sumber.

“Ia adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat. Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

image is not available
Sumber: mstar

Syarikat buat promosi keranda Rumah Barbie

Sebuah syarikat, Olivares Funeral Home mempromosikan keranda ‘Rumah Barbie’ mereka dengan slogan: ‘Jadi anda boleh berehat seperti Barbie’.

Baca juga artikel yang berkaitan: