“Hidup Bersendirian Lebih Baik Daripada Bersama Dengan Orang Yang Salah” – Nurul Shuhada

Entertainment
21 Dec 2023 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor media sosial dan juga bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada baru-baru ini ada berkongsi foto dengan kata-kata nasihat.

Dalam hantaran Instagram Storynya itu, dia menyatakan bahawa hidup bersendirian lebih baik daripada hidup bersama dengan orang yang salah.

image is not available

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian netizen susulan perkahwinan kali kedua bekas suaminya, Hafidz Roshdi dengan wanita pilihan, Athira Yuhada.

Sebelum ini, perkahwinan Hafidz dan Shuhada bergolak gara-gara kehadiran orang ketiga, Athira Yuhada yang juga bekas kekasih pelakon itu ketika di zaman bangku sekolah.

Setelah beberapa episod hal rumah tangga tersebar kepada umum, Hafidz dan Shuhada akhirnya bercerai talak satu.

Pelakon itu kemudian bernikah dengan Athira setelah 6 bulan bergelar duda anak dua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

(TERKINI) Tahniah! Athira Yuhada Sah Menjadi Isteri Hafidz Roshdi