“Hidup Mu Hampir Hancur! Pulanglah Ke Pangkal Jalan, Sudah Jauh Tersesat” – Ibu Syamsul Yusof

9 Mar 2023 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ibu syamsul yusof

Perkongsian di Instagram Story dipercayai milik ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menarik perhatian ramai.

Dalam hantaran itu, beliau memuat naik keratan akhbar menunjukkan gambar anaknya disusuli latar belakang lagu nyanyian Opick – Rapuh.

image is not available

Beliau menulis, “Hidup mu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat, pintu kami sentiasa terbuka untuk mu. Allah juga Maha Pengampun”.

Memetik laporan Media Hiburan, Puteri Sarah memaklumkan dia mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa mentua berhubung prosiding penceraian bersama Syamsul Yusuf Selasa lalu.

Menurut Sarah, ibu bapa mentua Puteri Sarah juga dikhabarkan sudi menjadi pencelah dan saksi dalam kes tersebut.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.