”Hidup Ni Kalau Tak Ada Pasangan, Tak Ada Makna” – Yusof Haslam Nasihat Syamsul

LocalFamily & Parenting
8 Apr 2025 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Syamsul Yusof Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa lega apabila melihat anaknya, Syamsul Yusof kini semakin tenang dan bersemangat selepas melalui episod perceraian bersama Ira Kazar tahun lepas.

Menurut laporan Kosmo, Yusof berkata yang Syamsul kini kembali fokus pada kerjaya, terutama dalam pembikinan filem The Original Gangster yang mengambil masa lama untuk disiapkan.

Alhamdulillah dia nampak lebih fokus. Berat badan je susut, tapi semangat makin kuat.

Yusof Haslam mahu anak temui pasangan baru

image is not available

Walaupun memahami fasa sukar yang dilalui Syamsul, Yusof tetap menasihati anaknya supaya tidak terus hidup bersendirian, dan menyarankan agar dia membina hidup baru bersama pasangan yang boleh memberi ketenangan.

Saya kata, hidup ini kalau tak ada pasangan tak ada makna. Paling penting ketenangan, bukan kemewahan.

Namun menurutnya, Syamsul kini memilih untuk kekal solo buat sementara waktu dan mahu fokus kepada projek filem yang sedang dalam perancangan.

Raya tahun ini lebih bermakna, Syamsul kembali berkumpul

image is not available

Tambah Yusof, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana Syamsul pulang beraya bersama keluarga, dan mereka sempat bercuti ke Switzerland baru-baru ini.

Kami pun gembira dan bersyukur, rasa lengkap bila dia ada sekali.

Tak desak kembali pada Puteri Sarah

image is not available

Bercakap mengenai bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana, Yusof berkata dia tidak akan mendesak Syamsul untuk rujuk semula dan percaya hubungan mereka akan kekal sebagai sahabat.

Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus jadi sahabat.

#ApaKataOhmedia

Dugaan dalam hidup pasti datang silih berganti, tapi jangan pernah berhenti mencari bahagia. Jangan takut bina semula hidup, kadang yang baru tu lebih baik dari yang lama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.