Hidup Semula Lepas Mati Sekejap 90 minit, Lelaki Bersyukur & Tekad ‘Berubah’

18 Oct 2022 • 2:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila ‘mati sekejap’ selama 90 minit sebelum ‘hidup’ semula dan serta-merta menghargai peluang kedua dengan memandang kehidupan secara berbeza.

Selepas kejadian ngeri itu, dia mendedahkan terus mengambil pendekatan yang berbeza dalam kehidupan dengan membuat perkara yang tidak dilakukan sebelum ini.

“Mengurangkan bilangan jam saya bekerja, dan cuba berhubung lebih banyak dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Tabiat pemakanan saya telah berubah, saya makan dengan lebih sihat dan melakukan lebih banyak senaman,” katanya, memetik Daily Star.

Dipercayai perkara mencemaskan itu berlaku semasa lelaki berkenaan mengalami serangan jantung pada awal pagi pada Januari 2019 selepas bersama isterinya.

Namun secara tiba-tiba, isterinya mendapati darah naik ke mukanya dan dia juga tidak memberi respon kepada pertanyaan di rumah mereka di Australia.

image is not available
Gambar: Getty Images/EyeEm via Daily Star

Wanita itu secara pantas melakukan Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR ke atas suaminya, sementara menunggu ambulans tiba.

Selepas cuba dipulihkan selama 20 minit, paramedik akhirnya tiba di lokasi kejadian namun dia masih dalam keadaan yang sama tidak bernyawa dan mati secara klinikal.

Dalam pada itu, paramedik turut membantu isterinya dan hampir sejam melakukan CPR ke atasnya serta memberikannya lapan kejutan pada dada menggunakan defibrillator.

Selepas 90 minit cuba menghidupkan semulan jantung lelaki yang berusia 61 tahun itu, akhirnya nadi boleh denyut kembali.

Warga emas tersebut dibawa ke Hospital Frankston di mana doktor melakukan pembedahan dengan membuka arterinya yang tersumbat.

Alatan bantuan jantung kemudiannya diletakkan pada jantungnya sebagai langkah berjaga-jaga dan dia dibenarkan keluar selepas 12 hari.

Mati mengejut dalam diam

“Secara teknikal, saya telah mati selama 90 minit. Saya masih ingat bahawa saya bersedia untuk tidur pada malam Sabtu.

“Dan perkara seterusnya yang saya ingat ialah bangun pagi Khamis di atas troli dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke penjagaan koronari,” katanya memetik Daily Star.

Jelasnya semasa kejadian berlaku, otaknya telah terhenti seketika dan menyekat apa yang berlaku di antaranya.

“Ramai orang bertanya kepada saya jika saya melihat apa-apa namun saya tidak dapat melihat persekitaran. Tiada lampu terang, tiada apa-apa sebegitu,” katanya lagi.

Tambahnya, ia merupakan satu kes yang tidak diketahui asalnya tetapi dia tidak mengambil kisah akan perkara itu.

“Saya tidak kisah tentang itu asalkan saya cergas dan sihat,” kata lelaki itu.

Sumber: Daily Star