“Hidupnya Makin Menderita, Susah Cari Rezeki” – Fauziah Kongsi Petikan Tentang Karma Orang Yang Berbuat Jahat

Entertainment
9 Aug 2023 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas menjadi bualan sejak beberapa bulan lepas, Datin Fauziah memaklumkan dia telah diceraikan oleh penyanyi veteran ND Lala melalui voice note di Whatsapp.

image is not available 23 hours ago

"Bertahun-Tahun Hidup Dalam Penipuan" - Fauziah Reda Diceraikan ND Lala, Mahu Hidup Tenang & Sempurna

Dalam pada itu, Fauziah yang mesra dipanggil Mama Zie ada memuat naik Instagram story tentang balasan (karma) kepada orang yang melalukan perbuatan jahat.

Semakin hari hidupnya semakin susah. Harta kekayaan habis, susah mencari rezeki. Timbul penyesalan dalam diri.”

Mama Zie turut berkongsi gambar keempat-empat anaknya ketika kecil dan berkata mereka merupakan anugerah yang tidak ternilai buatnya.

Selain itu, dia turut berkongsi kata-kata positif dan petikan ayat Al Quran yang menggambarkan situasinya serta doa agar tidak berputus asa.

image is not available

Berita perceraian tersebut membuatkan ramai bersimpati dengan ibu Shila Amzah itu dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya di media sosial.