Hijau Energy Berhad perkenal penjana tanpa solar lebih bersih, mampan

LocalTechnology
22 Feb 2025 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Hijau Energy Berhad (HEB), Mohd Zubir Amry Ghazali bersama Ketua pegawai Eksekutif Jean Inel Maury Indian Ocean Consultant, Jean Inel Maury bertukar memorandum perjanjian pada majlis Pelancaran Produk Hijau Energy Generator (HEG) Produk Generator Tenaga Regeneratif yang diadakan pada Sabtu.

image is not available
Muhammad Nasir menyampaikan ucapan pada majlis Pelancaran Produk Hijau Energy Generator (HEG) Produk Generator Tenaga Regeneratif yang diadakan pada Sabtu.

SHAH ALAM - Hijau Energy Berhad (HEB) memperkenalkan produk penjana Hijau Energy Generator (HEG) tanpa menggunakan tenaga solar, minyak fosil, gas, hidrogen, reaktor nuklear atau sumber lain diperlukan untuk pengisian serta pengecasan semula bekalan elektrik..

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, teknologi berkenaan tidak hanya menjanjikan tenaga bersih serta mampan malah turut menyediakan cara penyelesaian tenaga yang lebih mesra alam dan boleh dipercayai.

“Pelancaran pada hari ini (Sabtu) adalah satu permulaan kepada era baharu tenaga yang berlandaskan sumber boleh diperbaharui, mampan dan inovatif dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta meminimumkan penggunaan karbon.

**media[3018717]**

“Sistem tenaga HEB ini direka untuk memastikan penjanaan kuasa boleh diperbaharui, baik untuk isi rumah kecil mahupun kompleks perindustrian besar.

“Ini akan dapat memperkasakan komuniti dan industri agar boleh beralih kepada ekosistem tenaga lebih bersih dan efisian,” katanya ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran Produk HEG, HEB di sini pada Sabtu.

Tambah Muhammad Nasir, penggunaan tenaga bersih dan boleh diperbaharui menerusi visi HEB itu adalah demi masa depan generasi akan datang serta memacu inovasi perubahan dengan lebih berevolusi.

“Bersama-sama kita boleh memacu perubahan, mencipta impak dan membentuk hari esok yang lebih mampan.

“Kita juga boleh membina masa depan lebih cerah, bersih dan mampan,” katanya.