Hijrah bukan sekadar fizikal, tapi transformasi nilai dan minda – Mohd Na’im

LocalPolitics
27 Jun 2025 • 1:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam agar menghayati makna hijrah secara menyeluruh, bukan hanya perubahan fizikal semata-mata.

Menurutnya, hijrah menuntut transformasi dalam nilai, pemikiran dan sikap ke arah membina masyarakat Madani berteraskan ilmu, integriti dan taqwa.

“Setiap rakyat menjadi ejen penggerak membudayakan ilmu, menjunjung nilai, mengutamakan perpaduan dan menghormati perbezaan sekali gus membangunkan keluarga, komuniti serta negara atas asas ihsan dan taqwa,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di MITEC hari ini.

Majlis yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disertai hampir 8,000 tetamu termasuk kontinjen agensi kerajaan serta perwakilan asing.

image is not available

Hijrah bukan sekadar fizikal

Tambah beliau, tema sambutan tahun ini, Membangun Ummah Madani, bertepatan dengan roh hijrah Rasulullah SAW dan menjadi gagasan penting dalam pentadbiran Islam negara.

image is not available

image is not available

Beliau turut memaklumkan kerajaan telah menggagaskan Pelan Transformasi Al-Falah 2023–2027 yang berteraskan lima nilai hijrah: Ilmu, Integriti, Itqan, Istiqamah dan Ikhlas.

“Semua ini mencerminkan bahawa roh hijrah sedang diterjemahkan dalam bentuk tindakan iaitu menyantuni rakyat, memperkukuh nilai dan memperkasakan masyarakat,” ujarnya.