Hijrah pelawa peniaga musim perayaan, buah mohon pinjaman hingga RM20,000

17 Jul 2023 • 10:33 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 17 JULAI: Peniaga musim perayaan atau musim buah-buahan dipelawa memohon modal perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM20,000 di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi tersebut memaklumkan pembiayaan i-Bermusim boleh dipohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau menghubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Menerusi skim pembiayaan i-Bermusim, Hijrah telah berjaya membantu ramai usahawan di Selangor mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau buah-buahan.

“Pembiayaan sehingga RM20,000 yang ditawarkan melalui skim ini amat membantu peniaga-peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan,” katanya di Facebook.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • warganegara Malaysia
  • penduduk atau pemastautin Selangor
  • mengundi di Selangor
  • berumur 18 hingga 65 tahun
  • perniagaan sudah beroperasi
  • mempunyai premis perniagaan yang khusus
  • salinan lesen/permit perniagaan yang sah
  • tiada rekod pembiayaan yang tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan Go Digital.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved