Hijrah pelawa peniaga musim perayaan, buah mohon pinjaman sehingga RM20,000

6 Aug 2022 • 10:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 OGOS: Peniaga musim perayaan dan buah-buahan yang memerlukan modal tambahan dipelawa memohon pembiayaan skim i-Bermusim yang menawarkan pinjaman RM1,000 hingga RM20,000.

Menerusi infografik di Facebook, Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan tempoh pembiayaan skim ini selama enam bulan dengan kadar keuntungan satu peratus sebulan dan peminjam perlu membayar ansuran secara mingguan.

Berikut adalah syarat kelayakan memohon i-Bermusim:image is not availableimage is not available

Permohonan pembiayaan i-Bermusim boleh dilakukan secara atas talian menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my/

Maklumat lanjut berkaitan skim berkenaan boleh diperoleh menerusi www.hijrahselangor.com atau menghubungi 20 cawangan Hijrah berhampiran.

Selain i-Bermusim, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi skim pembiayaan i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro sepanjang tempoh Januari hingga Jun.