Hijrah Selangor tawar 13 tapak bazar Ramadan di Seksyen U3

28 Mar 2023 • 8:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 MAC: Usahawan naungan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan puasa dipelawa memohon tapak bazar Ramadan di Seksyen U3 di sini.

Eksekutif Promosinya Muhammad Ihsan Mohamad Rosdi Kamal berkata masih terdapat 13 kekosongan tapak untuk diisi peniaga di bazar terbabit.

“Kita menyediakan sebanyak 40 tapak niaga di situ dan setakat hari kelima Ramadan, seramai 27 peniaga sudah berdaftar.

“Jadi kita buka tawaran ini kepada mereka yang berminat. Mereka boleh hubungi 018-3686710 (Zuraidi) untuk permohonan dengan bayaran satu tapak RM650 sebulan,” katanya ketika dihubungi.

Buat julung kalinya, Hijrah menyediakan tapak bazar Ramadan di Seksyen 7 dan Seksyen U3 membabitkan 62 peniaga hasil kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Agensi itu juga melaksanakan sistem bayaran tanpa tunai di kedua-dua bazar terbabit menggunakan kod QR ‘Bayarlah’ dengan kerjasama Beez Fintech Sdn Bhd.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved