
SHAH ALAM 28 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) menawarkan pelbagai skim pembiayaan bagi membantu usahawan untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan.
Antara pembiayaan yang ditawarkan termasuklah skim i-Bisnes, Zero To Hero, Niaga Darul Ehsan (NADI), Go Digital, i-Bermusim dan Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM).
Menurut agensi itu fi Facebook, pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.
Pemohon juga boleh menghubungi cawangan HIJRAH berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

Sejak 2010, HIJRAH sudah menyalurkan RM775 juta modal tambahan yang memberi manfaat kepada 58,000 usahawan kecil dan sederhana memulakan serta meluaskan perniagaan.
Selain itu, HIJRAH juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.
Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

The post HIJRAH tawar pelbagai skim pembiayaan, bantu usahawan kembang niaga appeared first on Selangorkini.
