Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak

18 Dec 2022 • 3:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Novel bahasa Melayu pertama diterbitkan di Sarawak

Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak. Jika menyusuri sejarah penerbitan novel di Malaysia, pengkaji banyak menjadikan novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ sebagai novel Melayu terawal yang diterbitkan. Tetapi kajian pada tahun awal 2000 mendapati terdapat karya lain berbentuk novel yang diterbitkan pada tahun 1876 di Kuching, Sarawak, bertajuk ‘Hikayat Panglima Nikosa’.

image is not available
Hikayat Panglima Nikosa, Novel Melayu Terawal Di Dunia Diterbitkan Di Sarawak. Sumber: Dewan Sastera

Novel karangan Ahmad Syawal Abd. Hamid ini telah ditemui tersimpan di Rhodes House Library of Oxford England oleh Sarawak Literary Society dalam simpanan Sir Hugh Low yang pernah bekerja dengan James Brooke sebelum dilantik menjadi Residen Perak pada tahun 1877.

Dicetak di Kampung Boyan, Kuching

Novel yang berusia 145 tahun ini, dihasilkan secara cetakan litografi pada 30 Jun 1876 di Bukit Persinggahan Kampung Boyan, Kuching Sarawak.

image is not available

Inilah novel yang menjadi tanda transisi pergerakan daripada sastera lisan kepada sastera bertulis dalam era perkembangan kesusasteraan di Sarawak, berkisah tentang sebuah realiti kehidupan yang
dikonstruksikan.

Pengarang Ahmad Syawal Abd. Hamid ialah tokoh sasterawan Melayu moden dan ternama di Sarawak.

Novel ditulis laras bahasa Melayu klasik bertulisan jawi

Ketokohannya pernah digambarkan oleh Margaret Brooke (1903) sebagai seorang yang berwibawa, baik hati, mudah berkawan dan murah hati, serta berpengetahuan dalam bidang sastera. Malah, beliau disifatkan sebagai “a cultured man”, seorang lelaki budiman yang halus budi pekertinya.

image is not available
Tajuk ditulis dalam tulisan jawi

Diharap Hikayat Panglima Nikosa yang ditulis dalam laras bahasa Melayu klasik bertulisan Jawi ini mendapat pengiktirafan UNESCO kerana naskhah ini merupakan naskhah besar yang mengubah sejarah perkembangan novel Melayu di Malaysia.