
Hikmah sayang ibu, harta pemain bola terselamat dibolot bekas isteri lepas cerai
PELAKON wanita Sepanyol , Hiba Abouk, bekas isteri kepada Achraf Hakimi dari Paris Saint-Germain (PSG) telah memfailkan penceraian susulan dakwaan penglibatan pemain berusia 24 tahun itu dalam jenayah rogol.
Abouk, aktres Sepanyol berdarah campuran Libya dan Tunisia melalui Instagram mengumumkan bahwa dia dan suaminya tidak lagi hidup bersama dan sedang menunggu proses perceraian.
Baca juga:Cium ibu lepas sepakan penalti, kisah hidup pemain Maghribi, Achraf Hakimi sentuh hati warganet

“Selepas bermuhasabah, saya dan bapa kepada anak-anak saya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami,” kata Abouk.
Menurut laporan Morocco World News pada 2022, Hakimi adalah bintang bola sepak Afrika yang menerima bayaran keenam tertinggi iaitu memperoleh lebih daripada AS$215,000 seminggu.
Pun begitu, Abouk, 36, yang menuntut separuh daripada kekayaan Hakimi hanya berputih mata. Sudah tiada rezeki barangkali, ibu kepada dua cahaya mata lelaki bernama Amin dan Naim itu pasrah mengakhiri perkahwinan dengan tangan kosong.
Semuanya selepas gara-gara pemain pertahanan Maghribi itu bertindak mendaftarkan 80 peratus harta atas nama ibunya, Sadia Mouth.
Baca juga: Mengangkat jasa ibu, Raja Maghribi rai pasukan bola sepak Piala Dunia 2022 bersama emak di istana

Abouk yang berkahwin dengan Hakimi pada Februari 2020 dilaporkan terkejut apabila mengetahui dia tidak akan menerima apa-apa daripada harta bersama Hakimi, memandangkan pemain pertahanan pasukan kebangsaan Maghribi itu hanya memegang 20 peratus aset atas namanya sendiri.
Mac lalu bahawa Hakimi telah didakwa atas tuduhan rogol. Kejadian pad Februari lalu dipercayai berlaku ketika itu Abouk dan dua anak mereka sedang bercuti di Dubai.
Menjawab tuduhan itu, ibu Hakimi, Saida Mouh berkata, anaknya tidak bersalah kerana diasuh dengan baik.

Laporan media menganggarkan kekayaan Hakimi melebihi AS$24 juta dan ia didaftarkan atas nama ibunya.
Hakimi, yang dianggap antara pertahanan terbaik di dunia menyertai PSG dari Inter Milan pada 2021. Beliau kini bermain bersama bintang hebat seperti Lionel Messi dan Kylian Mbappé.
Hakimi sebelum ini mendapat sorotan media seantero dunia apabila memberikan kucupan buat ibunya selepas berjaya menjaringkan gol pada Piala Dunia Qatar 2022.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
The post Hikmah sayang ibu, harta pemain bola terselamat daripada dibolot bekas isteri lepas cerai appeared first on Sinar Plus.
