Hilang Akal Dan Tak Dapat ‘Move On’ Dengan Cinta Lamanya, Meer Kash Hasilkan Single Baharu, 'Kajima' 

Music
2 Nov 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Meer Kash kini muncul dengan single 'Kajima'. - Gambar Universal Music Malaysia

Tidak semua orang mampu melupakan kekasih lama. Itulah yang berlaku kepada penyanyi Meer Kash yang sebelum ini telah mendapat jolokan Oppa Malay menerusi program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) 2020.

Bahkan, Meer Kash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul mengakui dia  tidak dapat ‘move on’ dengan cinta lamanya itu selama dua tahun. 

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Bagi meluahkan perasaannya itu, Meer Kash yang sebelum ini hit dengan lagu ‘Saranghae’ telah muncul dengan single baharu 'Kajima' yang ditujukan buat bekas kekasihnya itu. 

“Ini lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Ia juga mempunyai sedikit elemen daripada filem seram KKN, rap dan puisi kanak kanak.  

“Apabila lagu ni siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya ‘move on’. Bahagian awal lagu ini,  saya berasa  marah dan hilang akal terhadap apa yang telah saya lalui dalam hubungan ‘tarik tali’ yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri,” katanya.

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

'Kajima' adalah hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir yang telah pun dilancarkan Universal Music Malaysia awal September lalu. Ia  turut menampilkan MFMF selaku penerbit dan penyusun muzik. 

Meer Kash  berkata, idea menghasilkan lagu 'Kajima' muncul ketika dia tidur.

“Pada ketika itu, mungkin saya masih lagi mencari jalan untuk ‘move on’ sampai terbawa-bawa dalam mimpi. 

“Idea ini dibawa kepada MFMF dan kami menyiapkan lagu ini dalam masa beberapa jam saja, manakala proses rakaman lagu pula mengambil masa selama empat jam. 

“Ia mengambil masa untuk disiapkan kerana genrenya agak baharu buat saya,” katanya yang sekali lagi bekerjasama dengan MFMF selepas lagu 'Kembali' pada Mac lalu.  – Getaran, 2 November 2022 

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

View Original Article