Ada juga nampaknya yang tak boleh terima penampilan baru Psy..
Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu seperti “Gangnam Style” dan “Gentleman” iaitu Psy, telah memuat naik foto baru di Instagram, di mana dia membandingkan penampilannya pada tahun 2006 dan 2025.
Tampil memakai suit lengkap serta bertali leher hijau, Psy sepertinya telah kehilangan banyak berat badan kini, meraih perhatian ramai.
PSY apologizes to his fans for losing weight via Instagram. pic.twitter.com/OujU6gUdR7
— Pop Base (@PopBase) February 14, 2025
Namun meninjau di ruangan komen, ada segelintir peminat yang mengkritiknya kerana gagal untuk mengekalkan bentuk badannya seperti sebelum ini dan kurang senang melihat susuk tubunya yang lebih langsing kini.
Sebagai respon, Psy dilihat membalas beberapa komen tersebut dengan meminta maaf. Ketika ditanya mengapa, lelaki itu menjawab,
Kerana mereka tidak mahu saya kehilangan berat badan lol.
Lahh itu pun orang nak kecam eh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Hilang Karakter Sebenar Awak” – Ada Yang Kritik, Psy Minta Maaf Dek Dah Makin Langsing first appeared on KimchiDaily.my.




