Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui

7 Sep 2026 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui
Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.

GUA MUSANG - Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.

Keluarga yang berasal dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.

Serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, berasal dari Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan telah dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi pada Ahad selepas mereka gagal menghubungi keenam-enam mangsa.

"Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan.

"Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu mula mendaki pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.

Jelasnya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan.

"Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat.

"Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.

Choon Foo memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan semalam bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved