“Hilang Lah Sikit Nervous”- Tengah ‘Ready’ Nak Akad Nikah Tiba-Tiba Budak Perempuan Lompat Atas Bahu

Entertainment
6 Jul 2022 • 10:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular satu video TikTok menunjukkan satu kejadian yang terjadi semasa majlis akad nikah.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai aribfitri_ menunjukkan kedua pasangan pengantin mengenakan pakaian berwarna putih beserta seorang kanak-kanak perempuan yang turut lengkap bergaun putih.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, gelagat kanak-kanak perempuan tersebut telah mendapat perhatian netizen setelah tindakannya melompat ke atas bahu pengantin lelaki.

Perkara berkenaan membuatkan tetamu yang berada di majlis itu terhibur dan menggelengkan kepala kerana aksi yang ditunjukkan.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh atas kejadian yang berlaku dan terhibur dengan gelagat yang dilakukan kanak-kanak itu.

image is not availableimage is not available

image is not available 4 minggu lalu

(VIDEO) "Amboi RM500 Juta Mas Kahwin"- Pengantin Kena ‘Bahan’ Gara-Gara Gemuruh Ketika Akad Nikah