“Hilang salah satu punca semangat saya” – Akmal Saleh syukur urusan pengebumian bapa dipermudah

LocalPolitics
11 Jul 2025 • 9:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Urusan pengebumian 

Jenazah bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim selepas Solat Jumaat, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Akmal di Facebook, beliau bersyukur urusan pengebumian dipermudahkan namun, berasa sebak kehilangan insan yang telah menjadi salah satu punca semangat dalam kehidupannya.

Urusan pengebumian

image is not available image is not available image is not available

“Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan pengebumian ayah tadi. Tiada lagi yang boleh menggantikan ayah di dalam hidup kami

“Hilangnya salah satu punca semangat saya dalam kehidupan ini,” ujarnya.

Meninggal dunia akibat sakit tua

image is not available

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada masyarakat yang hadir membantu menguruskan pengebumian dan menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis tahlil malam ini selepas solat Isyak di kediamannya di Merlimau.

Allahyarham Saleh Lempah, 66 atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Saleh’ telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.10 pagi tadi di hadapan ahli keluarganya akibat sakit tua.

Sumber: Facebook @Akmal Saleh