Hilang Sejak 12 Ogos, Polis Minta Kesan Mohd Ridzlan

20 Aug 2024 • 3:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hilang Sejak 12 Ogos, Polis Minta Kesan Mohd Ridzlan

REMBAU — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang awam untuk menjejaki seorang lelaki dikenali Mohd Ridzlan Ahmad, 43, yang dilaporkan hilang sejak 12 Ogos, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, Mohd Ridzlan difahamkan telah keluar dari rumahnya yang berada di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar sejak sembilan hari lalu.

“Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 16 Ogos lepas yang mana fizikalnya dia berketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan berkulit cerah.

“Dia mempunyai penyakit kulit vitiligo. Kali terakhir isterinya melihat suaminya itu di hentian bas Rembau selepas diminta dihantar ke lokasi berkenaan untuk menemani rakannya ke Kelantan,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Mohd Rizdlan diminta memberikan maklumat atau berkaitan tampil di balai polis berdekatan.

“Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326 bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved