Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib

26 Jul 2024 • 5:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib

Polis Kontinjen Kuala Lumpur memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.

Manurut BERNAMA, Nur Shafila Suaib yang berusia 20 tahun merupakan warga tempatan dengan alamat terakhir di 12-23, Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia, Kuala Lumpur.

Wanita itu mempunyai ciri-ciri seperti memiliki ketinggian 148 cm dengan berat 45 kg serta berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan wanita berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab di talian 03-79815053.

image is not available

Sumber: BERNAMA