
Hilang Selera Makan, Lelaki Temui Bangkai ‘Cicak Goreng’ Dalam Snek Kulit Ikan Telur Masin
Seorang lelaki di Singapura hilang selera makan apabila snek kulit ikan telur masin yang hampir habis dimakannya didapati terdapat bangkai seekor cicak ‘goreng’ didalamnya.
Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan telah menemui cicak tersebut dalam bungkusan snek kulit ikan telur masin pada 9 Januari yang lalu.
Menurutnya lagi, dia trauma dengan kejadian itu dan tidak akan berani makan makanan ringan goreng seperti itu di masa hadapan.
Lelaki itu mendakwa bungkusan snek itu dibeli dalam talian pada Mac 2022 yang lalu. Bagaimanapun, sewaktu dia membuka snek itu untuk berkongsi dengan keluarganya pada 9 Januari lalu, dia mendapati terdapat objek asing di dalam bungkusan berkenaan.
Pada masa itu, lelaki tersebut berkata bahawa dia dan keluarganya sudah makan lebih daripada separuh makanan ringan dalam bungkusan tersebut malah hanya tinggal beberapa keping kecil sahaja baki snek berkenaan.
Memandangkan makanan ringan itu yang agak mahal sekitar RM 22 sebungkus, jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk mencurahkan snek ringan itu dan memakannya bersama nasi supaya tidak membazir.
Ketika itulah dia menyedari salah satu daripada snek yang tinggal, terdapat seekor cicak goreng sekitar 4cm hingga 5cm panjang didalamnya.
Lelaki itu turut memberitahu bahawa selepas kejadian menjijikkan itu, dia telah hilang selera untuk makan.
Sementara itu, mereka sekeluarga dilaporkan tidak mengalami sebarang keracunan makanan dan kesemuanya berada dalam keadaan yang baik.
Namun begitu, katanya dia hanya mengambil berat tentang keselamatan dan kebersihan kilang yang menghasilkan makanan ringan tersebut.
“Ternyata cicak itu digoreng bersama kulit ikan. Saya percaya kulit ikan itu telah digoreng bersama dengan cicak tersebut,” kata lelaki itu menyimpulkan keraguannya.
Walaupun dia berasa lega kerana tidak sempat untuk makan cicak goreng itu, namun kejadian itu telah meninggalkan kesan psikologi kepadanya.
“Setiap kali saya makan makanan bergoreng, saya akan terfikir tentang cicak tersebut. Saya tidak akan berani makan snek goreng pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sumber: Mothership
The post Hilang Selera Makan, Lelaki Temui Bangkai ‘Cicak Goreng’ Dalam Snek Kulit Ikan Telur Masin appeared first on Siakap Keli.

