Hilang semangat kerja gara-gara penilaian prestasi oleh pegawai tidak dikenali

LocalOpinion
8 Dec 2025 • 12:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Luahan penjawat awam tentang sistem MyPerformance kini tular di media sosial selepas ramai mendakwa markah prestasi mereka merosot akibat dinilai oleh individu tidak dikenali.

Ada yang lebih kecewa apabila mendapati penilaian itu dilakukan secara rawak melalui bahagian Nilai Sepunya, yang dikatakan tidak adil dan sukar difahami.

Ramai mendakwa sistem ini boleh menjejaskan semangat kerja kerana markah akhir prestasi bergantung kepada penilai yang mungkin tidak pernah bekerjasama secara langsung.

Klik tanpa baca, markah jatuh teruk

image is not available

Seorang pengguna, ‘CL’, berkongsi di Threads bahawa rakannya mendapat hanya dua markah daripada sepuluh kerana individu yang menilai menekan pilihan negatif seperti “kerap” dan “sangat kerap” bagi soalan sensitif seperti gangguan seksual atau penyalahgunaan kuasa.

Di Facebook pula, Mohd Arizan menjelaskan bahawa ramai penilai tidak berniat buruk tetapi sekadar mahu menyelesaikan borang dengan cepat. “Soalan panjang dan mengelirukan, jadi ramai klik je tanpa baca. Hasilnya begitulah, markah jatuh,” katanya.

Baca juga:

Netizen gesa sistem disemak semula

Beberapa penjawat awam lain turut mendakwa mereka mendapat markah rendah, malah ada yang mendapat 0 markah kerana penilai tidak mengisi borang langsung.

“Dua tahun berturut-turut saya dapat 0 sebab orang yang menilai tak buat penilaian,” kata pengguna bernama Siti Normalia.

Ada juga yang mengadu sistem membenarkan individu menilai rakan kerja yang langsung tidak dikenali, menyebabkan proses itu dianggap tidak objektif dan menjejaskan semangat kerja.

Seorang pentadbir HRMIS turut menegaskan bahawa pentadbir sebenarnya boleh menyemak semula senarai penilai bagi memastikan hanya individu berkaitan diberikan akses menilai prestasi rakan sekerja.

Desakan terhadap pengurusan MyPerformance

Rata-rata netizen menyeru pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau pengurusan MyPerformance menambah baik sistem sedia ada agar lebih telus, mudah difahami dan hanya membenarkan penilaian oleh individu yang benar-benar mengenali prestasi seseorang.

“Mustahil kita boleh menilai orang yang kita langsung tak kenal,” tegas Mohd Arizan, mewakili pandangan ramai.

image is not available

The Reporter sedang mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu ini.

Sumber: Threads / Facebook