Hilang tiga hari, warga emas ditemui lemas

6 Jan 2023 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menaikkan mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Seneng, Jelawat Bachok pada Khamis. - Foto ihsan JBPM

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang tiga hari lalu ditemukan lemas di Sungai Seneng, Jelawat Bachok pada Khamis.

Mayat lelaki berkenaan ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 1.44 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, polis menerima laporan penemuan itu daripada seorang ahli keluarga mangsa.

Beliau memberitahu, pengecaman dilakukan ahli keluarga kira-kira jam 3.30 petang mengesahkan bahawa lelaki berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini.

"Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.