Hilangkan jerawat, kulit berminyak, Hada Labo Blemish & Oil Control Gel selesaikan masalah dengan mudah

Beauty
18 Sep 2022 • 11:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KULIT berminyak, cuaca panas atau terlalu lembap antara sebab-sebab utama berlakunya jerawat. Memakai topeng muka berjam-jam juga boleh memburukkan lagi keadaan.

image is not available

Khas untuk wanita yang mempunyai permasalahan itu, Hada Labo memperkenalkan Blemish & Oil Control Gel iaitu pelembap serba baharu untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, ekstrak hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella asiatica, Houttuynia aordata dan bunga chamolie dapat membantu mengurangkan cela dan ‘menenangkan’ kulit, sekali gus dapat mengekalkan kulit yang bersih dan sihat.

image is not available

“Dua jenis asid hyaluronik yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan kulit yang lembut, licin dan anjal. Tekstur gelnya juga ringan dan tidak melekit,” kata kenyataan itu sambil menambah, Hada Labo Blemish & Oil Control Gel juga bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

image is not available

Sesuai digunakan secara harian, produk terbaharu dari Jepun itu kini dijual di farmasi di seluruh negara pada harga RM75.90.

Pembelian juga boleh dibuat melalui Shopee, Lazada dan Watsons.

Dua jenis asid hyaluronik yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan kulit yang lembut, licin dan anjal. Tekstur gelnya juga ringan dan tidak melekit,” kata kenyataan itu sambil menambah, HADA LABO BLEMISH & OIL CONTROL GEL juga bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

image is not available

Arahan penggunaan:

1. Gunakan dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion.

2. Ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher.

3. Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article