Hilangnya sahabat, Lan Pet Pet ziarah pusara Man Kulim jam 3 pagi

LocalEntertainment
25 Dec 2024 • 6:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Lan Pet Pet ziarah pusara

Pelawak terkenal, Lan Pet Pet ziarah pusara Man Kulim jam 3 pagi selepas TikToker berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di TikTok ahli kumpulan Senario itu, dia telah datang menziarahi pusara Man atau nama sebenarnya, Burhan Che Mokhtar pada awal pagi 25 Disember 2024.

Lan Pet Pet ziarah pusara Man Kulim, akui sangat sayangkan sahabat

Dalam kapsyen yang disertakan pemilik nama sebenar, Mazlan Ahmad itu di TikTok, dia menyatakan bahawa cukup menyayangi sahabatnya itu dan berhadap allahyarham dapat berehat dengan tenang di negeri abadi.

“Mannnnnn….. Semoga hang tenang di sana Mannnn… Aku sayang hang Man. Hang baik Man. Allah pun sayang hang…” tulisnya ringkas.

Lan Pet Pet ziarah pusara Man Kulim, kenang momen2 bersama

Lan Pet Pet turut berkongsi di hantaran yang lain momen-momen sewaktu mereka bekerjasama dalam membuat konten di media sosial dan jelas terlihat keakraban mereka.

Dia juga telah menganggap Man Kulim seperti adiknya sejak mereka bersahabat.

Sabar banyak2 Abang Lan

Perkongsian yang dibuat oleh selebriti itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata sebak melihat keadaan Lan Pet Pet yang terduduk sayu ditepi pusara Man Kulim.

Mereka juga mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta berharap mereka yang ditinggalkan kuat menghadapi ujian ini.

image is not available

Ni yang dikatakan sahabat sejati

image is not available

Arwah sangat rapat dengan Abang Lan

image is not available

Terdahulu, berita tentang pemergian TikToker yang kerap membuat konten ulasan makanan telah mengejutkan pengguna media sosial yang mengikuti perkembangannya.

Difahamkan, Man Kulim telah berada dalam keadaan tidak sihat sejak beberapa hari disebabkan demam dan dikhabarkan meninggal dunia pada jam 5 petang semalam oleh kenalannya di Facebook.

Sumber: TikTok lanpetpet69