Konsep Bufet Ramadan untuk Pencinta Hidangan Cina Muslim
Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak. Tahun 2026 menyaksikan Hilton Kuching sekali lagi tampil dengan konsep Bufet Ramadan yang cukup berani menerusi tema Inspirasi Xi’an, Diraikan Bersama di River View Café.
Bukan sekadar menawarkan juadah berbuka puasa, Hilton Kuching membawakan naratif ‘Laluan Sutera’ terus ke pinggir Sungai Sarawak. Kolaborasi antara Chef Eksekutif, Alex Wong bersama Chef Wang Fujian dan Jiang Jin dari Hilton Xi’an High-Tech Zone ini menjanjikan satu kembara rasa yang merentasi sempadan geografi.

Sentuhan Mewah Wagyu M5 Dan Makanan Laut Premium
Bagi penggemar daging, tumpuan utama pastinya terarah kepada stesen panggang (Carving Station) yang menampilkan Salted Australian Stanbroke M5 Wagyu Brisket. Tekstur daging Wagyu yang cair di mulut ini merupakan hasil air tangan Chef Alex, menjadikannya ‘bintang’ utama yang wajib dicuba.
Tidak terhenti di situ, bagi anda yang sukakan kesegaran, bahagian Seafood on Ice menghidangkan Scallop Half-Shell Jepun yang manis dan segar, selain Udang Harimau Santubong dan Mussels Hijau New Zealand. Gabungan protein premium ini meletakkan standard bufet ini dalam kelas yang tersendiri.

Keunikan Xi’an Di Tengah Bandaraya Kuching
Keistimewaan kali ini adalah kehadiran menu autentik dari Muslim Quarter di Xi’an. Bayangkan anda dapat menikmati Mee Biang Biang yang ditarik dengan tangan secara segar, rou jia mo (burger gaya Cina), dan Shaanxi Chilli Soy Braised Beef yang kaya dengan rempah ratus.
Ia adalah satu penghormatan kepada kraf kulinari dan warisan sejarah yang jarang-jarang dapat dirasai di Sarawak. Pengalaman ini diperhebatkan lagi dengan suasana ruang makan yang dihias bagi membawa tetamu seolah-olah berada di hab ikonik Laluan Sutera tersebut.

Pesta Durian Musang King Di Tepi Sungai
Inilah pula bahagian di mana anda boleh memanjakan deria rasa anda. Di bahagian teres River View Café, Hilton Kuching membawakan stesen BBQ secara langsung yang menyajikan Lobster Sematan dan Australian Black Angus Tomahawk.
Namun, penutup yang paling dinanti-nantikan sudah semestinya Durian Musang King Raub yang segar. Menikmati kelemakan dan kemanisan durian gred premium ini sambil ditemani angin sepoi-sepoi Bandaraya Kuching dan pemandangan panorama Sungai Sarawak pastinya satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Bagi peminat pencuci mulut, Silk Road atau Laluan Sutera akan membawa anda ke ruangan manisan dan pencuci mulut yang berwarna-warni, bermula dengan seksyen manisan tempatan, Timur Tengah, dan seleksi pastri Perancis turut tersedia untuk melengkapkan malam anda.
Paling tidak dapat dilupakan, manisan khas sarang burung dengan pilihan gula mawar atau osmanthus, dan pulut kacang merah, zhen gao.


Info Tempahan Dan Keistimewaan Ahli
Pengalaman mewah ini ditawarkan pada harga RM 588 nett untuk dewasa dan RM 294 nett untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Walaupun harganya mencerminkan kualiti bahan premium yang digunakan, terdapat pelbagai cara untuk anda menikmati penjimatan.
- Ahli Hilton Honors: Nikmati diskaun antara 10% hingga 25% mengikut status keahlian anda.
- Mesra Keluarga: Ibu bapa boleh menjamu selera dengan tenang kerana akses percuma ke Kids’ Club disediakan untuk anak-anak.
- Waktu Operasi: Bufet ini akan bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, jam 6:00 petang hingga 9:30 malam.
KHAS UNTUK PENGIKUT I LOVE BORNEO & I LOVE KUCHING 🎁
Kami ada berita gembira! Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti kami, anda boleh menikmati diskaun eksklusif 15% untuk Bufet Ramadan di River View Café, Hilton Kuching 🥳
Gunakan kod promo di bawah semasa membuat tempahan:
- I Love Borneo – ILOVEBORNEO15
- I Love Kuching – ILOVEKCH15
Terma & Syarat Penting:
- Tempahan awal adalah wajib.
- Sila nyatakan kod promo semasa membuat tempahan untuk menikmati potongan 15%.
- Sah untuk tempahan terus dengan Hilton Kuching sahaja melalui talian +6082223888 atau emel KUCHI_FB@hilton.com.
- Tidak sah untuk tempahan melalui SevenRooms.
- Tidak boleh digabungkan dengan promosi, diskaun, atau baucar lain.
- Sah dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026.
Adakah ini bakal menjadi lokasi berbuka puasa paling ‘grand’ di Kuching bagi tahun 2026? Melihat kepada senarai menunya, jawapannya mungkin ya.
Baca juga hidangan bufet yang lain di Kuching untuk tahun 2026:
6 Hidangan Signature Wajib Cuba di Bufet Sine San Berambeh Sheraton Kuching 2026
Tadarus Diraja, Tradisi Membaca Al-Quran Di Istana Sultan Brunei di Bulan Ramadan
