JKNJ nafi keluarkan statistik julah individu disyaki Covid-19

LocalPolitics
13 Mar 2020 • 8:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan ada mengeluarkan statistik berkaitan jumlah individu di negeri ini yang disyaki dijangkiti Covid-19 kepada orang awam mahupun media.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook JKNJ itu, statistik berkenaan didakwa dikongsikan menerusi aplikasi Whatsapp milik Pengarah JKNJ, Dr Aman Rabu.

“JKNJ ingin membuat penafian berkaitan jumlah statistik Covid-19 yang kononnya statistik ini adalah dari kenyataan pengarah. Pengarah tidak pernah mengeluarkan sebarang statistik kepada awam atau media (mengenai Covid-19),” katanya.

Sementara itu Dr Aman ketika dihubungi berkata individu yang berkongsi maklumat menerusi WhatsApp itu bukanlah beliau dan individu terbabit didapati menggunakan profil palsu.

Terdahulu, JKNJ turut berkongsi ‘tangkap layar’ yang menunjukkan satu mesej di aplikasi WhatsApp yang tertera nama ‘Pengarah JKNJ’ menghantar data didakwa statistik berkaitan status jumlah disyaki pesakit Covid-19 di beberapa daerah di negeri ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved