Himpunan 1,200 Peserta Di Istana Kehakiman, Polis Buka Kertas Siasatan

LocalPolitics
6 Jan 2025 • 6:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
najib razak

Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai himpunan di Istana Kehakiman hari ini, kira-kira lebih 1,200 orang dilaporkan hadir.

Susulan itu, polis akan membuka kertas siasatan dan memanggil beberapa individu untuk disiasat.

Seramai 1,200 individu hadir himpunan

image is not available
Foto: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan kes akan disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jelas beliau lagi, perhimpunan yang berlangsung di Istana Kehakiman hari ini terkawal tanpa sebarang provokasi.

Difahamkan, PDRM melarang orang ramai menyertai perhimpunan terbabit kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Mahkamah Tinggi akan bahas isu Titah Adendum Diraja

image is not available
Foto: Kosmo! (Alif Zubir)

Perhimpunan ini diadakan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memulangkan kes berhubung dakwaan wujudnya Titah Adendum Diraja kepada Mahkamah Tinggi. Dalam keputusan majoriti 2-1, mahkamah memutuskan isu ini wajar dibahas berdasarkan merit.

Dokumen tersebut dikatakan memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman enam tahun penjaranya di rumah.

Keputusan akhir mengenai perkara itu hanya akan diketahui selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi nanti.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Bernama