Himpunan aman: Mahasiswa UMS tiba di hadapan Menara Kinabalu

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hampir 100 dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) tiba di hadapan Menara Kinabalu sekitar jam 3 petang selepas berarak kira-kira satu jam dari pintu gerbang universiti itu.

image is not available
Pasukan Anti Rusuhan Briged Sabah (PORU) mula dikerah untuk membuat kawalan keselamatan di kawasan hadapan Menara Kinabalu, Likas.

image is not available
Peserta berarak sambil membawa plakad dan sepanduk ke arah Menara Kinabalu.

image is not available

image is not available
Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah antara yang hadir dari kumpulan Himpunan Aman Bangkit Sabah yang berada di hadapan laluan utama masuk ke Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU - Hampir 100 dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) tiba di hadapan Menara Kinabalu sekitar jam 3 petang selepas berarak kira-kira satu jam dari pintu gerbang universiti itu.

Kumpulan tersebut berjalan kaki ke Menara Kinabalu yang terletak sejauh dua kilometer sambil melaungkan beberapa perkataan termasuk, bangkit, anak muda, rakyat Sabah, turun koruptor dan mati koruptor.

Mereka juga dilihat sambil membawa plakad dan sepanduk ke arah Menara Kinabalu.

Pasukan polis turut bersedia membuat kawalan sebelum kumpulan bertembung di hadapan kawasan kawalan tersebut.

Sementara itu, kumpulan perarakan Bangkit Sabahan turut cuba memasuki pekarangan Menara Kinabalu tetapi kawalan ketat sedang dijalankan pihak polis.