Himpunan 'gergasi' bagi tumbangkan kerajaan tidak benar

LocalPolitics
19 Mar 2023 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Dellhan

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial berkenaan, akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tahap keselamatan semasa terkawal, dan sehubungan itu orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut tentang kenyataan itu, menerusi mana-mana platform media sosial.

"Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitan kegusaran awam. Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berniat ingin menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada Sabtu, tular di media sosial dua kenyataan yang hampir sama mendakwa bakal berlaku satu perhimpunan besar-besaran oleh orang Melayu di ibu negara, bertujuan menumbangkan kerajaan semasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved