Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara – 8 Oktober 2025

LocalPolitics
7 Oct 2025 • 9:59 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla akan diadakan pada 8 Oktober 2025, bermula jam 8.00 malam di Axiata Arena Bukit Jalil. Himpunan berkenaan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ayuh kita sama-sama menyemarakkan semangat solidariti serantau demi membebaskan Palestin dan mengangkat suara kemanusiaan dari bumi Malaysia tercinta 

Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang perhimpunan ini.

Tarikh & Masa Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara 2025

  • Tarikh: Rabu, 8 Oktober 2025
  • Masa: 8.00 malam
  • Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil

Mari bangkit bersama dalam Gelombang Malaysia dan laungkan sokongan untuk Palestin Merdeka! 

image is not available

Sokongan padu rakyat di negara ini terhadap perjuangan rakyat Palestin dan tanda semangat keersamaan rakyat akan disemarakkan menerusi Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 Oktober 2025.

Himpunan berkenaan yang dijangka bermula 8 malam itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain menampilkan perkongsian 23 wira dan wirawati negara yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) .

Penganjuran himpunan ini juga dilakukan sebagai simbol perpaduan serantau dan tanda penghargaan di atas keberanian 23 sukarelawan GSF yang dihalang semasa menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Baca juga:

Inisiatif ini selaras dengan pendirian kerajaan pimpinan kerajaan MADANI yang konsisten dalam menentang kekejaman tentera Israel dan mendesak agar akses bantuan kemanusiaan ke Gaza dibuka tanpa sekatan.

Ahad lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kesemua sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan itu sebagai lambang keberanian rakyat di negara ini yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat  tanpa mengenal sempadan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi.

“Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia,” katanya.

Malah beliau menjelaskan penganjuran himpunan khas juga dilakukan bagi meraikan kepulangan mereka, di samping meneruskan gelombang solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara di Gaza.

Sumber: Laman web rasmi Malaysia Madani