Himpunan Solidariti Najib: Orang ramai mula hadir ke pekarangan Istana Kehakiman

LocalPolitics
6 Jan 2025 • 9:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

image is not available
Aliran lalu lintas bergerak perlahan sekitar kawasan berdekatan Plaza Tol Putrajaya, tiada sebarang sekatan jalan raya yang dilihat setakat ini berdekatan laluan utama menuju Putrajaya susulan pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Isnin.

PUTRAJAYA - Orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati penyokong Najib dan ahli Pas dilihat memenuhi sudut kiri dan kanan bahagian hadapan serta laluan masuk menerusi pintu belakang Istana Kehakiman.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, pihak polis mengawasi seluruh kawasan berhampiran Istana Kehakiman selain turut melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan masuk ke Putrajaya.

**media[2955352]**

Kawalan diperketatkan dengan penempatan pegawai polis di setiap persimpangan menuju ke Istana Kehakiman.

Sehingga jam 8.50 pagi tadi, bilangan orang ramai yang ingin mengikuti proses rayuan oleh Najib semakin bertambah dan mereka hadir sebagai tanda solidariti kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Turut kelihatan puluhan anggota Unit Amal Pas yang ditugaskan mengawasi peserta solidariti.