Himpunan ‘Turun Anwar’, PDRM Beri Peringatan!

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 11:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia himpunan Turun Anwar

Menjelang Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan terus terpelihara.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam satu kenyataan menegaskan komitmen pihak polis untuk menghormati hak kebebasan rakyat dan dalam masa sama memastikan ketenteraman awam sentiasa dikekalkan.

PDRM komited memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan menghormati ruang awam.

Peserta diminta bertindak matang dan berhemah

image is not available

Dalam kenyataan sama, pihak polis turut mengingatkan peserta perhimpunan supaya peka terhadap undang-undang sedia ada, serta bertindak secara berhemah dan beradab selari dengan nilai masyarakat Malaysia.

Setiap suara yang dizahirkan mestilah dalam suasana yang saling menghormati serta berlandaskan kesopanan.

Orang awam disaran semak laluan trafik

image is not available

PDRM juga menasihatkan masyarakat yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut supaya merancang perjalanan lebih awal, memandangkan akan berlaku perubahan aliran trafik sepanjang tempoh himpunan berlangsung.

Langkah ini bagi mengelakkan kesulitan dan kelewatan.

Pssttt! Kebebasan bersuara adalah hak semua, tapi pastikan ia disampaikan secara aman, matang dan bertanggungjawab. Jangan biarkan emosi menenggelamkan adab.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.