Hina Agong: Dewan Ayahanda Ikhtisas Malaysia lapor polis

23 Nov 2022 • 3:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Zainudi (tengah) menunjukkan salinan laporan polis di Seri Iskandar pada Rabu.

SERI ISKANDAR - Dewan Ayahanda Ikhtisas Malaysia Cawangan Perak tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak malam Selasa.

Timbalan Pengerusinya, Mohamed Zainudi Ibrahim membuat laporan polis berkenaan jam 10.02 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini pada Rabu.

Beliau mendakwa, semasa berada di rumahnya di Bota Kiri di sini pada Selasa, beliau ada melihat tangkap layar dalam satu kumpulan WhatsApp tulisan berbaur menghina Agong.

"Laporan ini dibuat kerana mengambil tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang patuh kepada Rukun Negara.

"Kami berasa kecewa sikap individu tersebut atas tohmahan, penghinaan ke atas Agong. Saya harap rakyat Malaysia berfikir dahulu sebelum bercakap," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes akan disiasat di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

"Kes akan dikendalikan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved