Hina Baju Tradisi Iban Macam Alas Meja, Ryzal Duriankimchi Didenda RM10,000

21 Feb 2024 • 2:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim pada tahun 2021 pernah mencetuskan kontroversi kerana memperlekehkan baju tradisi Iban Sarawak.

Dalam satu rakaman video, Ryzal mengusik isterinya Maryam Younarae yang sedang mengenakan busana tradisional itu menyamakan ia dengan alas meja, alas TV dan langsir.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, pempengaruh berkenaan didenda RM10,000 selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Miri, Sarawak hari ini.

image is not available

Ryzal meluahkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai dan dia sendiri pernah membuat permohonan maaf di semua platform media sosialnya sebelum ini.

Peguam mewakili Ryzal iaitu Firdaus Mohshidi memaklumkan Ryzal turut menyumbang kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas RM10,000 kepada rakyat Sarawak sebagai tanda minta maaf.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved