Hina Sultan Johor, lelaki disyaki pengendali FB ‘JDT Fan Club’ direman 3 hari

24 Jun 2023 • 7:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fan Club ditahan polis kerana memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja dan Sultan Johor.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam di Alor Setar, Kedah, dan telefon bimbit serta kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu turut dirampas.

“Lelaki terbabit direman tiga hari sehingga 26 Jun ini dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” kata Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan, lapor Bernama.

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Noorsiah menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan platform media sosial sehingga mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam, tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.