Hip Rock satukan warga Karangkraf

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahli rumah sukan Alpha Allstar meraikan kemenangan selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan program anjuran KSR Karangkraf 2024.

image is not available
Gamma Fighters tampil dengan persembahan konsert rock ala-ala 80-an. FOTO: SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABD WAHID.

image is not available
Pengerusi Kumpulan Karangkraf merangkap penaung rumah sukan Beta Betarians, Firdaus Hussamuddin tidak ketinggalan menyampaikan sebuah lagu pada majlis makan malam tersebut. FOTO: SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABD WAHID.

image is not available
Barisan pengurusan tertinggi Karangkraf. Dari kiri: Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi; CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim; Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf (GBK), Izzat Izhar Muhammad Nasir dan CEO Ultimate Print, Azizi Fickry.

image is not available
Karyawan Sinar Harian bergaya dengan tema Hip Rock.

image is not available
‘King’ dan ‘Queen’ Hip Rock bersama hadiah masing-masing.

image is not available
Mengimbau kembali zaman kegemilangan Rock Kapak.

image is not available
Karyawan Sinar Harian bergaya dengan tema Hip Rock.

SELEPAS penganjuran Fun Run, Deko Raya, Rumah Terbuka dan Rewang Korban Aidiladha, akhirnya program di bawah Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Kumpulan Karangkraf melabuhkan tirai dengan majlis makan malam pada Sabtu.

Bertemakan Hip Rock, acara yang bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur itu menyaksikan Alpha Allstar dinobat sebagai juara keseluruhan rumah sukan KSR Karangkraf mengatasi Beta Betarians, Gamma Fighters, Delta Gators dan Theta Infinite.

Seramai hampir 500 warga kerja Karangkraf memeriahkan majlis itu yang turut dihiburkan dengan persembahan wakil rumah sukan masing-masing sambil dihoskan oleh penyampai terkenal, Issey Fazlisham.

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, syarikat itu meraikan kakitangannya dalam satu majlis makan malam sebelum menutup lembaran 2024 bagi mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan yang terjalin selama ini.

View Original Article